Peningkatan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD diteruskan pada Isnin semalam selepas pergerakan harga agak mendatar pada dagangan di penghujung minggu lalu.
Penyusutan US dolar yang masih berterusan memberi ruang untuk Pound meningkat walaupun pelabur melihat risiko untuk mata wang Britain itu selepas isyarat dovish daripada mesyuarat bank pusat England (BOE) minggu lalu.
Laporan data pekerjaan UK akan diperhatikan pada sesi Eropah sebentar lagi yang akan mempengaruhi pergerakan Pound, sebelum tumpuan beralih kepada data inflasi pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.
Seterusnya, tumpuan lebih utama akan terarah pada data inflasi pengguna (CPI) AS pada Rabu dengan jangkaan pergerakan pasaran bakal berlaku.
Kenaikan harga pada carta GBP/USD semalam mencapai ketinggian yang menghampiri 1.25700 di sesi New York sebelum harga mendatar sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pergerakan harga kekal dengan isyarat bullish yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan diteruskan menuju paras tumpuan pada 1.26000 yang berada pada zon rintangan buat harga.
Jika berjaya melepasinya, paras ketinggian terbaru mampu dicatatkan harga dengan sasaran beralih kepada zon 1.27000.
Sebaliknya jika data-data yang diterbitkan mendorong penyusutan harga untuk berlaku, paras 1.25000 akan menjadi tumpuan awal diuji harga.
Seterusnya, harga berisiko untuk jatuh lebih rendah berbanding paras minggu lalu sebelum kemudiannya mencecah sokongan sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG