Jangkaan pelabur untuk melihat kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD tidak kesampaian apabila harga menyusut turun pada pembukaan awal minggu semalam.
Kenaikan harga dari zon 1.25000 terhenti pada zon 1.26000 yang menjadi rintangan semasa buat harga pada dagangan penghujung minggu lalu.
Harga walau bagaimanapun tidak menyambung corak kenaikan tersebut, sebaliknya menyusur turun menuju semula berhampiran 1.25000.
US dolar bergerak baik pada Isnin semalam, namun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan suram di sesi New York semalam dilihat menghadkan pengukuhan lanjut.
Harga perlahan di sekitar 1.25300 pada penutup sesi tersebut dan kekal mendatar di sepanjang sesi Asia pagi ini (Selasa).
Penganalisis menjangkakan pergerakan perlahan harga ini akan berterusan pada Rabu esok ketika sambutan perayaan krismas.
Tidak dinafikan risiko dagangan adalah sangat tinggi menuju penghujung 2024 ini berikutan faktor volatiliti tinggi pasaran.
Untuk jangkaan kenaikan harga jika berlaku pada carta GBP/USD ini, rintangan pada 1.26000 adalah yang terhampir untuk diuji harga.
Berjaya melepasi paras tersebut akan menjangkakan kenaikan diteruskan menuju sasaran pada zon 1.27000.
Namun jika harga menjunam jatuh di bawah zon 1.25000, harga berisiko untuk catatkan paras terendah terbaru 7 bulan.
Sasaran terbaru adalah menuju zon tumpuan berikutnya sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.