Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kelihatan masih mendatar di awal minggu di atas paras 1.29000.
Ketiadaan data ekonomi tumpuan di awal minggu gagal memacu arah yang lebih jelas buat pergerakan harga utama dengan pelabur mengambil langkah yang berjaga-jaga.
Pasaran diramalkan rancak semula pada Rabu dengan terbitan data PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan UK dan Amerika Syarikat (AS) yang bakal pengaruhi mata wang Pound dan US dolar.
Pound telah alami penyusutan pada dagangan penghujung minggu lalu ketika data jualan runcit UK pada Jun menguncup lebih parah berbanding ramalan.
Sementara US dolar pula telah mula paparkan pemulihan semula dalam suasana pasaran yang agak tidak menentu.
Pergerakan harga perlahan di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD semalam, menandakan isyarat bearish.
Harga berjaya berada di atas garisan MA50 tersebut pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), namun pergerakan harga yang perlahan belum cukup meyakinkan pelabur untuk menentukan perubahan trend.
Sekiranya harga berjaya melonjak kukuh selepas ini, pelabur akan lebih optimis menjangkakan kenaikan harga untuk terus berlaku.
Rintangan terhampir untuk diuji harga berada pada paras 1.30000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan mencapai semula puncak minggu lalu sekitar 1.30400.
Namun jika harga menjunam menembusi paras sokongan semasa 1.29000, penurunan lebih rendah akan dijangkakan dengan petunjuk trend bearish tersebut.
Harga berisiko mencecah semula sekitar 1.28000 atau lebih rendah bergantung reaksi semasa pasaran.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG