Berbanding pergerakan mendatar pada carta harga yang lain, pasangan mata wang GBP/USD memaparkan arah yang lebih jelas pada pembukaan awal minggu semalam.
Walaupun pengukuhan US dolar tidak begitu ketara, namun Pound terbenam jatuh lebih rendah.
Pada hari ini (Selasa), data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk UK dan Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan akan mempengaruhi kedua-dua mata wang Pound dan US dolar.
Meneliti carta GBP/USD semalam, harga meneruskan corak penurunan ke paras lebih rendah selepas pada penutup minggu lalu harga telah menembusi paras sokongan 1.24000.
Paras tersebut kini dilihat sebagai rintangan terbaru buat harga dengan penurunan yang dilanjutkan semalam telah mencecah paras sokongan pada 1.23000.
Sebaik menyentuh paras tersebut, harga kemudiannya kembali melantun sebelum perlahan menutup dagangan sesi New York sekitar 1.23500.
Pergerakan harga kekal perlahan di sekitar itu menyambung dagangan sesi Asia pagi ini, namun harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menunjukkan isyarat bearish.
Jangkaan corak penurunan bakal diteruskan dengan support 1.23000 akan diuji sekali lagi.
Jika harga tembus ke bawah, paras terendah terbaru untuk tahun ini akan dicatatkan dengan sasaran untuk menuju sekitar 1.22000.
Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50 dan rintangan 1.24000, ini akan menjadi isyarat awal bagi perubahan trend harga.
Kenaikan yang dipacu lebih tinggi dilihat akan cuba untuk menuju paras 1.25000 dan menguji paras rintangan terdahulu itu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG