Dagangan emas kini dilihat alami sedikit kenaikan harga yang tidak ketara susulan mata wang dolar AS menjunam sedikit pada sesi dagangan awal pagi tadi.
Selain itu, bacaan data pekerjaan NFP AS yang lebih kukuh daripada jangkaan diterbitkan pada Jumaat bakal mendorong peningkatan permintaan mata wang tersebut.
Sementara itu, harga emas didagangkan pada sekitar paras $2,045 iaitu sebanyak 0.06% kenaikan untuk hari ini.
Indeks Dolar AS (DXY) juga dilihat menurun sedikit berbanding beberapa mata wang utama dunia dan menghentikan kenaikannya pada awal tahun kepada 102.34 daripada penutupan minggu lepas.
Seterusnya pada minggu ini, data inflasi AS pada bulan Disember akan menjadi perhatian pasaran menyusuli data NFP.
Laporan utama Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka akan berlakunya peningkatan sebanyak 3.2% pada kadar tahunan dan CPI teras pula menurun kepada 3.8% tahunan daripada bacaan sebelumnya iaitu 4.0%.
Jika data mengukuh, ini akan terus memberi kredit kepada nilai mata wang dolar AS untuk teruskan kenaikan dan membebankan harga emas pada pasaran minggu ini.
Pada Jumaat lalu, laporan NFP catatkan peningkatan positif sebanyak 216,000 pada bulan Disember berbanding 173,000 sebelumnya. Manakala, kadar pengangguran kekal di paras 3.7% berbanding konsensus 3.8%.
Dilihat juga, purata pendapatan per jam meningkat kepada 4.1% tahunan pada bulan Disember daripada bacaan sebelumnya iaitu 4.0%. Para pelabur kini menurunkan unjuran mereka berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Menurut CME Fedwatch, The Fed berkemungkinan akan menetapkan harga dalam anggaran 56% potongan kadar pada Mac nanti.
Pada minggu ini, pasaran perlu lebih fokus berkenaan kadar inflasi AS melalui data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang bakal diterbitkan pada Khamis ini.
Pada Jumaat pula, CPI China dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS untuk Disember akan diberi perhatian.
Lebih menarik lagi, minggu ini pasaran agak ‘sibuk’ kerana beberapa pegawai The Fed akan berucap dimulakan dengan Fed Bostic pada hari ini, Barr esok, Williams pada Rabu dan Kashkari pula di penghujung minggu.