Emas menjunam teruk selepas Biro Perangkaan Buruh Amerika Syarikat (BLS) melaporkan data Indeks Harga Pengguna (CPI) masih berdaya tahan untuk bulan Januari.
Data inflasi ternyata lebih meriah daripada jangkaan walaupun Federal Reserve (Fed) masih mempertahankan kadar faedah dalam julat 5.5% hingga 5.50% untuk jangka masa yang lama.
Harga emas kini berada pada paras $1,990.80 iaitu turun sebanyak 0.12% pada awal pembukaan dagangan Asia pagi tadi. Ini menunjukkan penurunan mendadak daripada paras selesa sejak awal bulan iaitu di atas $2,030.
Laporan CPI bulanan kekal di paras 0.3% berbanding jangkaan 0.2%. CPI Teras meningkat sebanyak 0.4% berbanding jangkaan untuk kekal seperti bacaan sebelumya sebanyak 0.3%.
Pada asas pula, CPI utama menurun kepada 3.1% untuk Januari daripada 3.4% pada bulan Disember dan namun tidak mencapai ramalan untuk lebih perlahan kepada 2.9%. CPI Teras meningkat secara berterusan pada 3.9% berbanding jangkaan 3.7%.
Keputusan itu telah membina kecenderungan negatif untuk logam kuning kerana ia akan mengekalkan jangkaan kadar faedah lebih terhad di pasaran. Ini akan meningkatkan kos rugi bagi pemegang emas tanpa memberi sebarang keuntungan.
The Fed dijangka akan mengelak daripada jangkaan pemotongan kadar faedah yang agresif pada 2024. Mereka masih lagi dalam usaha untuk mencapai kadar inflasi 2% sebelum membuat apa-apa keputusan.
Sementara itu, laproan buruh di AS kekal teguh dan skala aktiviti ekonomi bertambah baik dengan ketara walaupun kadar faedah berada pada posisi tinggi.
Pada minggu ini, para pelabur disajikan dengan laporan penting seperti Jualan Runcit Teras dan Pengangguran pada Khamis serta Indeks Harga Pengeluar pada Jumaat.