Pengeluar dan pengguna emas terbesar dunia, China dikhabarkan menemui lombong logam kuning bernilai $82.9 billion di tengah wilayah Hunan.
China yang menyumbang kira-kira 10% daripada keluaran global pada 2023 dengan menggunakan 741.732 tan metrik emas dalam tiga suku pertama tahun ini manakala pengeluarannya adalah sebanyak 268.068 tan.
Ini bermakna ia perlu bergantung kepada import untuk memenuhi permintaan dalam negeri.
Baru-baru ini, Akademi Geologi Hunan menemui lebih daripada 40 bijih emas pada kedalaman lebih 2,000 meter di daerah Pingjiang dengan sejumlah 300.2 tan sumber emas ditemui di kawasan penerokaan teras dan gred tertinggi 138 gram setiap tan metrik.
Laporannya lagi meramalkan terdapat lebih 1,000 tan rizab emas pada kedalaman lebih 3,000 meter.
Sementara itu, harga emas meningkat tahun ini berikutan kehangatan ketegangan geopolitik di seluruh dunia.
Kontrak niaga hadapan emas paling aktif di Bursa Niaga Hadapan Shanghai mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 639.48 yuan segram pada 30 Oktober.