Bilangan jutawan dalam kalangan pemegang Bitcoin melonjak sebanyak 111% sejak setahun lepas dengan 85,000 orang kini memegang lebih $1 juta dalam pasaran kripto BTC.
Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan harga Bitcoin sebanyak 142% yang mendorong pertumbuhan kekayaan dalam kalangan pelabur kripto. Bukan sahaja pemegang BTC, jumlah jutawan kripto secara keseluruhan juga meningkat sebanyak 95%.
Angka tersebut mencerminkan bahawa kekuatan pasaran kripto semakin matang walaupun risiko naik turun dalam pasaran kekal besar.
Dengan peningkatan akses kepada produk pelaburan seperti ETF Bitcoin spot, lebih ramai individu berpeluang untuk memperoleh kekayaan yang signifikan melalui pelaburan dalam kripto.
Pelabur yang telah lama memegang Bitcoin atau yang terlibat awal dalam pasaran ini telah mendapat keuntungan besar hasil daripada kenaikan harga baru-baru ini.
Situasi ini juga mendorong kemunculan lebih banyak jutawan baru terutamanya dalam kalangan pelabur muda yang berani mengambil risiko.
Andrew Amoils, Ketua Penyelidikan di New World Wealth berkata walaupun kumpulan jutawan mata wang kripto telah menyaksikan pertumbuhan tertinggi. Peningkatan bergantung sepenuhnya pada lonjakan sebelum tempoh ‘halving’.
Dengan perkembangan pesat teknologi blockchain dan penerimaan yang lebih meluas terhadap kripto, jumlah ini dijangka akan terus meningkat dan mencipta peluang baru bagi pelabur yang berani berhadapan risiko.