Fed telah memulakan kitaran pengurangan kadar faedahnya, dan Bank of America Securities terus menjangkakan kelemahan sederhana bagi US dolar menjelang 2025.
“Walaupun Fed mengejutkan pasaran dengan pengurangan 50 bps minggu lalu, kami melihat dinamik pergerakan mata wang utama tidak banyak berubah dalam G10, dengan EUR/USD terus meningkat,” kata penganalisis di Bank of America Securities, dalam nota bertarikh 26 September.
Bank tersebut melihat US dolar sebagai sedikit terlebih nilai, tetapi kitaran pengurangan kadar Fed dijangka akan membantu mengurangkan terlebih nilai ini dalam jangka sederhana, termasuk pandangan kami untuk pengukuhan EUR/USD.
“BoA menjangkakan EUR/USD akan meneruskan pengukuha terkini, dengan unjuran yang tidak berubah untuk akhir 2024 pada 1.12 dan akhir 2025 pada 1.17,” kata BoA.
Kelemahan USD lebih mungkin berterusan, kata bank tersebut, kerana trend disinflasi dan pasaran tenaga kerja yang lembap menyokong Fed dalam kadar pengurangan yang sedikit lebih dipercepatkan.
BoA menjangkakan pengurangan lagi sebanyak 50 bps pada mesyuarat mereka pada bulan November dan pengurangan 25 bps pada bulan Disember.
Indeks US dolar yang mengukur mata wang greenback didagangkan susut 0.03% kepaad paras dagangan 100.594