Pasaran mata wang kripto kini tertarik pada berita politik AS di mana pilihan raya presiden AS bulan November bakal menjadi detik penting buat para pemegang aset digital tersebut.
Parti Republikan yang diketuai oleh bekas Presiden AS, Donald Trump bakal menjadi calon ‘kepercayaan’ selepas melontarkan manifestonya yang ke arah pro-kripto walaupun beliau pernah mengkritik aset pelaburan berkenaan sebelum ini.
Ramai penganalisis menganggapnya sebagai seorang ‘opportunisme’ semata-mata demi meraih undi dan ini memberi pengaruh terhadap kripto untuk terus mendapat perhatian dalam pasaran Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, pendirian parti Demokrat di bawah pimpinan Naib Presiden AS Kamala Harris masih kurang jelas.
Dalam ucapannya menunjukkan isyarat dalam menetapkan hubungan semula dengan industri kripto walaupun masih di fasa permulaan.
Sentimen politik di Amerika Syarikat menunjukkan para pengundi menginginkan calon presiden seterusnya lebih mesra kripto kerana ini akan memberi harapan buat 50 juta rakyat AS yang memegang aset digital itu.
Semasa kempen presiden AS berlangsung, kenyataan calon-calon akan diperhatikan mengenai mata wang kripto dan teknologi blockchain.
Pendekatan mereka boleh memberi kesan ketara kepada landskap kawal selia dalam industri kripto.