Syarikat gergasi teknologi AS, Microsoft dalam kenyataan pada Jumaat berkata mereka mengambil tindakan mitigasi selepas berlakunya gangguan perkhidmatan besar-besaran.
Laporan di media sosial X, perkhidmatan mereka masih melihat peningkatan berterusan sementara pelaksanaan terus dalam tindakan mitigasi.
Notis Microsoft yang bertajuk “Service Degradation” berkata pengguna mungkin tidak dapat mengakses pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365.
Lapangan terbang di AS dan Australia terjejas dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS meminta Frontier Airlines yang terjejas teruk akibat gangguan itu untuk menghentikan sebentar pelepasannya.
Selain itu, Malaysia turut terkena tempias apabila FMT melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 terjejas dengan gangguan teknikal IT CrowdStrike ketika ini.
Pengumuman itu dibuat ketika Australia melaporkan gangguan sistem IT berskala besar pada hari Jumaat melalui penyiar nasional negara itu, lapangan terbang antarabangsa terbesarnya dan syarikat telekomunikasi utama.
Australia juga melaporkan kegagalan teknikal berskala besar disebabkan oleh isu dengan platform perisian pihak ketiga melalui Penyelaras Keselamatan Siber Kebangsaan.
Microsoft berkata akses adalah terhad kerana sesetengah pengguna hanya boleh mengakses Microsoft 365 dalam mod membaca sahaja di saat pihak mereka sedang menyelesaikan masalah.
Ulasannya lagi, pihak Microsoft kekal komited dalam menangani situasi ini dengan keutamaan dan kesegeraan tertinggi. Mereka akan terus menangani kesan berlanjutan bagi platform Microsoft 365 yang berada dalam keadaan terdegradasi.