Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD gagal diteruskan pada Selasa semalam selepas harga berjaya catatkan paras tertinggi terbaru 12 minggu.
US dolar yang melemah sebelum ini kembali pulih semula menyaksikan penurunan harga di sesi Eropah semalam.
Namun, pengukuhan US dolar tidak berlanjutan apabila data pekerjaan JOLTS yang diterbitkan di sesi New York paparkan bacaan lebih rendah berbanding ramalan, dan terendah untuk tempoh lebih 3 tahun.
Ini mendorong lantunan semula harga dari paras 1.27500 yang dicecah ke ke zon 1.28000 semula.
Harga berlegar di antara paras 1.28000 dan meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sementara pasaran nantikan petunjuk seterusnya.
Data ADP yang mengukur sektor pekerjaan swasta di Amerika Syarikat (AS) akan diperhatikan di sesi New York malam nanti.
Sekiranya reaksi pada data yang diterbitkan mendorong lonjakan semula harga berlaku, zon rintangan 1.28000 akan cuba untuk ditembusi sekali lagi sebelum harga catatkan paras ketinggian yang baru.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju sekitar 1.29000 pula.
Namun jika harga susut di bawah garisan sokongan MA50, akan menandakan isyarat untuk permulaan trend bearish buat harga.
Penurunan awal harga dilihat akan kembali mencecah paras sokongan 1.27000 untuk harga menguji lagi zon RBS (resistance become support) tersebut yang masih kental dari ditembusi.
Penurunan yang dilanjutkan selepas menembusi zon tersebut dilihat akan mensasarkan sekitar 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG