“Kalau fikir logik mestilah BTC nak turun sekejap untuk naik lebih tinggi, jadi korang janganlah stress ye.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada awal pagi ini berlegar-legar di atas $66,000 apabila data on-chain melihat peningkatan bilangan para pemegang BTC jangka panjang yang memindahkan aset digital tersebut.
Penganalisis CryptoQuant menunjukkan perubahan dalam kadar bekalan BTC daripada pemegang lama bagi menyaksikan bagaimana pelabur besar melihat pasaran kripto semasa di mana kini, kelas pemegang itu yang jual pegangannya dalam BTC telah menjunamkan harganya.
Memang tidak dinafikan BTC berjaya mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) disebabkan kelulusan spot BTC ETF, tetapi liquidations dan faktor makroekonomi baru-baru ini telah menyebabkan kejatuhan harga yang membawa pada sentimen pelabur lemah dalam pasaran kripto.
Bukan itu sahaja, menjana keuntungan selepas kenaikan harga BTC juga adalah sebab utama penjualan berlaku secara besar-besaran susulan kenaikan melebihi $70,000 merupakan margin luas untuk sesetengah pemegang yang ingin profit-taking.
Namun, penurunan harga BTC adalah entry point baik sebelum aktiviti bullish berlaku seperti acara halving pada bulan ini , jadi di sini dapat dilihat pengurangan dalam bekalan dan aktiviti kenaikan harga akan mendorong BTC ke ATH baharu.
Permintaan meningkat boleh bantu harga BTC dalam jangka panjang dan pakar juga berpendapat pelabur jual pegangannya untuk beli semula aset digital itu pada harga diskaun ekoran miners didapati pindahkan BTC daripada rizab ke bursa centralized.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.52% pada paras $66,278 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 4.87% sepanjang minggu lepas.