“Semalam mesti ramai yang terkejut, korang ada tak buat benda yang merugikan masa harga BTC jatuh?”
Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) semalam memberi gegaran kepada para pelabur apabila harganya merudum sehingga $40,755 setelah mendaki hampir $46,000 pada 2 Januari 2023 bagi mencapai paras tertinggi sejak April 2022.
Kejatuhan harga BTC tercetus disebabkan platform perkhidmatan kewangan tertumpu kripto Matrixport yang meramalkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) akan menolak semula spot BTC ETF pada Januari 2024.
Oleh demikian, ramai pelabur berpandangan harga aset digital tersebut akan melihat penurunan drastik ke $36,000 ataupun lebih bawah lagi.
Rentetan ganjaran blok miners akan menurun sejurus selepas acara halving BTC berlaku, mereka yang perlu menampung kos tetapi dalam masa ingin membuat keuntungan telah memanfaatkan kenaikan harga itu dengan menjual sebahagian daripada pegangan BTC mereka.
Semalam, terdapat pihak yang memberi amaran bahawa firma mining besar telah mendepositkan banyak BTC ke bursa kripto di tengah-tengah harganya sedang menuju ke $46,000, tetapi perlu diketahui ia biasanya diikuti dengan penjualan.
Selain itu, Indeks Fear and Greed yang mencanak melebihi 70 telah menunjukkan pelabur menjadi agak tamak dan ini adalah salah satu punca harga BTC terjun semula susulan Warren Buffett pernah berkata untuk takut apabila orang lain tamak.
Bukan itu sahaja, penurunan harga BTC juga berlaku apabila lebih $577.7 juta dalam positions long telah liquidated di seluruh pasaran kripto, di mana $554.5 juta dihapuskan dalam tempoh 24 jam sebelumnya manakala positions derivatif long liquidated tanpa tekanan belian daripada volum dagangan.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 4.69% pada paras $42,897 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $840 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 1.65% sepanjang minggu lepas.