Ketua politik Hamas Ismail Haniyeh telah dibunuh di ibu negara Iran, Tehran menerusi satu kenyataan daripada pihak pentadbiran Gaza dan yang menyalahkan Israel atas kematiannya.
Haniyeh dan salah seorang pengawal peribadinya terbunuh selepas bangunan tempat mereka menginap diserang. Ketika itu, beliau berada di Tehran untuk menghadiri majlis perasmian Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada hari Selasa.
Melalui kenyataan Hamas, Gerakan Penentangan Islam Hamas berkabung bersama-sama rakyat Palestin, negara Arab Islam dan semua negara Islam merdeka di dunia atas kematian Mujahid Ismail Haniyeh selepas terbunuh dalam serbuan Zionis ke atas kediamannya di Tehran.
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut mengumumkan kematian Haniyeh.
Walau bagaimanapun, pentadbiran Israel memilih untuk berdiam diri mengenai kematian Haniyeh dan Benjamin Netanyahu mengarahkan kabinetnya untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan tentang berita tersebut.
Sebelum ini, Israel melancarkan serangan ke atas Gaza atas perjanjiannya untuk menghapuskan Hamas dan membunuh pemimpinnya selepas insiden pencerobohan pada 7 Oktober 2023 yang menawan lebih 200 rakyat Israel.
Sejak pada itu, sekurang-kurangnya 39,400 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel dengan 90,996 cedera. – Al Jazeera