Seperti yang dijangkakan oleh penganalisis pasaran, US dolar telah kembali paparkan pengukuhannya semula setelah disokong oleh data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam.
Setelah bergerak lemah di sesi sebelumnya, US dolar berjaya mengukuh di sesi New York dan mengurangkan kembali kerugian yang dicatatkan di pembukaan awal minggu.
Pengukuhan semula raja mata wang itu telah mengubah corak harga pada pergerakan di carta-carta utama.
Seperti yang diteliti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya menyambung sedikit kenaikan semalam untuk menguji kembali zon rintangan pada 1.09000.
Namun, selepas gagal bertahan harga berpatah arah membuat penurunan semula di sesi New York sehingga susut ke paras sekitar 1.08550 di penutup sesi tersebut.
Pergerakan harga perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi Rabu ini namun harga telah kelihatan berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, memberi isyarat awal untuk perubahan trend bermula.
Penurunan lanjut harga akan dijangkakan untuk menuju ke paras sokongan 1.08000 untuk zon RBS (resistance become support) itu kembali diuji.
Jika tembus ke bawah, harga bakal meluncur lebih rendah dengan jangkaan untuk mencecah ke paras tumpuan sekitar 1.07000.
Sementara, jika berlaku semula lonjakan harga, zon rintangan 1.09000 bakal kembali jadi sasaran untuk diuji yang masih lagi belum berjaya harga tembusi.
Sekiranya harga tembus rintangan itu, paras ketinggian terbaru 10 minggu akan dicatatkan dengan sasaran akan beralih ke paras tumpuan baru pada 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG