Tak ada alasan untuk culas zakat, kripto pun dah boleh guna!
Malaysia kini menjadi negara pertama di dunia yang membolehkan urusan pembayaran zakat menggunakan mata wang kripto, satu langkah bersejarah yang diperkenalkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman, menjelaskan inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan zakat, tetapi juga mendidik umat Islam tentang tanggungjawab kewangan dalam era digital.
Golongan muda, yang kini menguasai lebih 54% pelaburan kripto, berpeluang menyumbang kepada zakat melalui aset ini menjadikannya salah satu sumber kekayaan baru yang wajib dizakatkan pada kadar 2.5%.
Dengan kutipan zakat aset digital meningkat 73% tahun lalu, langkah ini membuktikan bagaimana Islam terus relevan dalam dunia teknologi moden.
Kripto kini bukan sekadar pelaburan, tapi juga pintu rezeki yang wajib dizakatkan. Dah bersedia untuk bayar zakat kripto semua?