“Miners pun nak untung juga, takkan la mereka asyik nak mining BTC je penatlah.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum sehingga $40,725 apabila miners menjual 10,233 BTC bernilai $450 juta pada 17 Januari 2024 yang mencatatkan penurunan harian terbesar rizab miners dalam lebih setahun.
Hal ini kerana miners biasanya melalui fasa pengumpulan dan penjualan susulan mereka mula mengumpul sejumlah besar BTC sekitar pertengahan tahun 2023 apabila harga berada pada tahap lebih rendah.
Selepas harga BTC meningkat semula pada $42,000 hingga $43,000 seperti dalam beberapa bulan kebelakangan ini , miners bertindak beralih pada fasa jualan di mana mereka jual aset digital itu untuk menambah aliran tunai.
Memang tidak dinafikan rizab miners BTC berada pada paras terendah sejak Julai 2021 pada 1.83 juta BTC, tetapi perlu diketahui bahawa ia masih merupakan simpanan yang agak besar bernilai kira-kira $78 bilion.
Dilaporkan pada 14 Januari 2024, firma mining Bitcoin Riot, TeraWulf dan CleanSpark berada dalam kedudukan terbaik untuk mengendalikan kenaikan kos ketara susulan daripada acara halving BTC yang dijangka berlaku pada April atau Mei.
Sementara kadar hash purata pula telah menurun ke tahap terendah sejak Oktober 2023 pada 400 exahashes sesaat.
Umum mengetahui bahawa beberapa kemudahan mining besar di Texas baru-baru ini telah mematikan beberapa operasinya bagi mendapatkan tenaga untuk negeri di tengah-tengah cuaca sejuk yang melampau.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.97% pada paras $41,241 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $808 bilion kemudian mencatatkan penurunan 10.65% sepanjang minggu lepas.