“Bukan biasa-biasa harganya, tapi ada ke yang nak bayar?”
Bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson dilaporkan ingin menerima pembayaran $1 juta sama ada dalam dolar Amerika Syarikat (USD), emas atau mata wang kripto Bitcoin (BTC) sebagai pertukaran bagi temu bual, kata wartawan popular Tucker Carlson.
Diperjelaskan lebih lanjut oleh Carlson, penasihat bekas perdana menteri UK tersebut menghubungi wartawan itu dan berkata beliau akan bercakap dengannya tetapi ia perlu menelan belanja sebanyak $1 juta.
Rentetan itu, Carlson telah membandingkan situasi berikut dengan temu bualnya baru-baru ini bersama Presiden Rusia Vladimir Putin yang sama sekali tidak meminta sebarang pembayaran mahupun satu juta dolar AS.
Menurut wartawan itu lagi, beliau berjaya mengambil alih internet semasa menemu bual Presiden Vladimir Putin di tengah-tengah konflik ketenteraan Rusia berterusan bersama Ukraine susulan dapat lebih 200 juta tontonan di platform media sosial X.
Umum mengetahui bahawa BTC ialah salah satu aset berprestasi terbaik dalam dekad lalu susulan harganya menggunung daripada paras terendah $0.003 pada tahun 2010 kepada setinggi $69,000 pada 2021.
Sungguhpun BTC merudum kira-kira 25.5% daripada kemuncaknya pada tahun 2021, ramai penganalisis menjangkakan aset digital tersebut akan menuntut semula harga tertinggi sepanjang masa tidak lama lagi.
Ada kemungkinan Johnson menyedari prestasi cemerlang BTC sepanjang dekad sebelumnya dan menjangkakan trajektori yang sama pada masa hadapan ditambah pula terdapat acara halving pada April sementara 11 spot BTC ETF sudah diluluskan pada bulan lepas.