Bank Pusat Eropah pertama kali akan merendahkan kadar faedah pada bulan Jun, menurut majoriti hampir dua pertiga ahli ekonomi dalam satu tinjauan Reuters, walaupun mereka berbeza mengenai kebarangkalian bilakah pengurangan itu akan dilaksanakan.
Inflasi, sasaran ECB adalah pada 2.0%, perlahan kepada 2.8% pada Januari dari paras puncak 10.6% pada Oktober 2022 dan dijangka akan terus menurun. Namnun para penggubal dasar telah jelas menyatakan bahawa mereka belum bersedia untuk mempertimbangkan pengurangan kadar, walaupun pertumbuhan merosot.
Kebanyakan ahli-ahli Majlis Pentadbiran, termasuk Presiden Christine Lagarde, selari dengan pandangan bahawa lebih banyak data diperlukan terutamanya data pasaran buruh, akan diperlukan sebelum mengurangkan kadar deposit daripada rekod tinggi 4.00%.
Pada minggu lalu, Lagarde berkata data gaji dari Q1, yang dijangka pada Mei, akan menjadi penting bagi ECB. Data tersebut akan menjadikan bulan Jun bulan yang paling berkemungkinan untuk mempertimbangkan pengurangan kadar pertama, satu jangkaan yang dikongsi oleh pasaran dan ahli ekonomi.
Majoriti hampir dua pertiga ramalan, 46 daripada 73, berkata bank pusat akan pertama kali mengurangkan kadar deposit sebanyak 25 mata asas kepada 3.75% pada Jun. Pandangan konsensus itu telah menjadi lebih kukuh dari sekitar 45% dalam tinjauan Januari.