Kumpulan pemberontak Syria dilpaorkan telah berjaya menggulingkan Presiden Bashar al-Assad selepas menawan ibu negara, Damsyik.
Detik ini menandakan berakhirnya lebih 50 tahun pemerintahan keluarga Assad dan menutup babak pedih dalam perang saudara selama 13 tahun.
Presiden Assad, bersama keluarganya, melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui, meninggalkan negara tersebut.
Pemberontak meraikan kemenangan mereka di jalanan, melaungkan “Kebebasan” dan membayangkan masa depan yang lebih cerah.
Mereka telah berikrar untuk menubuhkan kerajaan peralihan, menjanjikan Syria yang mencerminkan pengorbanan rakyatnya.
Walaupun kemenangan ini memberi harapan kepada banyak pihak, cabaran kekal dalam memastikan kestabilan dan perpaduan di seluruh negara.
Kejatuhan Assad juga melemahkan pengaruh sekutu utama seperti Rusia dan Iran, yang menyokong rejimnya semasa konflik.
Pemberontakan itu juga didorong oleh kerugian besar dalam kepimpinan Hizbullah, sekutu penting bagi Assad, akibat serangan Israel.
Sementara itu, kebimbangan mengenai bakal kepimpinan baharu timbul, terutamanya dengan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), bekas sekutu al Qaeda, memainkan peranan penting.
Negara jiran dan kuasa global menghadapi kesukaran bagaimana untuk melibatkan diri dengan Syria yang sedang dalam peralihan.