“Seriouslah kadar faedah takkan kena potong tahun ini, haish tak bestlah macam tu.”
Michelle W. Bowman, Gabenor Federal Reserve (Fed) mengisytiharkan sesungguhnya mempertimbangkan pemotongan kadar faedah pada tahun 2024 adalah terlalu awal di tengah-tengah para pelabur sedang gelisah menunggu beberapa terbitan data minggu ini.
Kenyataan tersebut telah dibuat menjelang data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) bagi suku pertama yang bakal dikeluarkan pada 27 Jun esok kemudian Pendapatan Peribadi, Perbelanjaan Peribadi dan inflasi PCE AS dijadualkan berlaku pada Jumaat.
Memang tidak dinafikan Bank of England (BoE) mempertimbangkan pemotongan kadar faedah disebabkan penurunan inflasinya baru-baru ini pada 2%, tetapi AS tidak mungkin mencerminkan pendekatan tersebut.
Kadar faedah lebih tinggi biasanya membawa pada pengukuhan dolar AS yang boleh memberi tekanan jualan ketara terhadap kripto, sebaliknya kadar lebih rendah biasanya menyokong inflasi harga aset digital susulan pelabur mencari pulangan lebih tinggi dalam pasaran berisiko.
Namun, kenyataan diberikan Bowman menunjukkan pemotongan kadar faedah tidak mungkin berlaku sehingga tahun 2025 susulan kos peminjaman yang kekal agak tinggi berpotensi menyekat aliran pelaburan ke dalam pasaran kripto.
Indeks Kekuatan Relatif (RSI) BTC baru-baru ini yang mencecah 28 biasanya menandakan keadaan oversold dan berpotensi melantun semula, tetapi kekurangan pemotongan kadar faedah yang dijangkakan telah mencetuskan kebimbangan tentang pergolakan pasaran kripto berpanjangan.
Bagaimanapun, altcoin seperti Ethereum (ETH), Solana (SOL) dan Dogecoin (DOGE) menunjukkan daya tahan biarpun BTC merosot disebabkan kebimbangan terhadap kejatuhan kripto semakin meningkat apabila Fed mengekalkan pendirian hawkish terhadap pemotongan kadar faedah.