Keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi telah memberi impak ketara terhadap pergerakan pasaran mata wang khususnya terhadap dagangan US dolar.
Federal Reserve (Fed) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas dari paras 5.50% sebelum ini kepada 5.00%, menunjukkan langkah pelonggaran dasar yang agresif untuk pemotongan kadar kali pertama sejak 2020.
US dolar melemah ketara sebaik sahaja keputusan kadar diumumkan, namun kembali memulih semula selepas tamat persidangan bersama Pengerusi Fed Jerome Powell yang mengulas tentang situasi semasa bank pusat.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga melonjak naik ketika mesyuarat FOMC hampir menyentuh sasaran pada zon 1.12000.
Walaupun tidak berjaya mencapainya, harga tetap mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu dengan ketinggian sekitar 1.11900.
Harga kemudiannya menjunam menuju dagangan penghujung sesi ke paras 1.11000 semula.
Selepas melantun seketika, harga menyambung corak penurunan tersebut di awal sesi Asia ke paras sekitar 1.10700.
Isyarat bearish diperhatikan dengan pergerakan harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut dengan lantunan semasa menguji paras 1.11000.
Penurunan lebih rendah dijangka untuk dilanjutkan untuk mengekalkan momentum sebelumnya mensasarkan pada zon support minggu lalu iaitu 1.10000.
Namun jika harga melonjak semula paparkan potensi untuk kenaikan selepas melepasi halangan MA50, zon 1.12000 akan kembali menjadi sasaran.
Berkemungkinan harga mampu untuk catatkan paras ketinggian terbaru mengatasi lonjakan yang dibuat ketika FOMC.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG