Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen kerajaan Madani untuk membantu rakyat tanpa mengira warna politik.
Negeri yang dipimpin pembangkang juga menerima peruntukan yang meningkat dan diagihkan secara adil bagi memenuhi keperluan asas seperti kemudahan awam, penjagaan kesihatan, dan pembasmian kemiskinan.
Sebagai contoh, kerajaan meluluskan lebih RM200 juta secara pantas untuk memulihkan runtuhan empangan Tasik Kenyir di Terengganu.
Beliau menekankan bahawa kesejahteraan rakyat akan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan, tanpa mengira warna politik sambil menyeru pemimpin negeri untuk mengeratkan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.
Beliau menyatakan bahawa kerjasama memudahkan penyelesaian isu, manakala sikap bermusuhan hanya akan merugikan rakyat sendiri.
Anwar menunjukkan komitmen meneraju kerajaan MADANI dalam membantu rakyat tanpa diskriminasi.