Platform mata wang kripto bekas presiden AS, Donald Trump mengalami pelancaran jualan yang goyah pada hari Selasa dengan hanya sebahagian kecil daripada token digitalnya yang berada di pasaran.
Calon Republikan itu mengumumkan pada pertengahan September bersama anak lelaki dan usahawannya bakal melancarkan platform yang dinamakan sebagai World Liberty Financial.
Kira-kira 20 billion token digital yang berharga 1.5 sen setiap satu telah ditawarkan oleh syarikat dengan nilai keseluruhan AS$300 juta tetapi hanya 3% telah dijual menjelang petang Selasa.
Token tersebut boleh digunakan sebagai mata wang kripto dan memberikan pemegang undi pada tadbir urus platform.
Ada sebilangan pengguna turut mengadu bahawa sistem jualan token terganggu atas masalah teknikal kerana laman web rasmi syarikat bermasalah.
Walau bagaimanapun, World Liberty Financial akan membolehkan pengguna meminjamkan atau meminjam mata wang kripto antara satu sama lain . Perkhidmatan tersebut ditawarkan oleh banyak platform antaranya yang paling terkenal ialah Aave.
Sementara itu, Trump sebelum ini menuduh pelaburan kripto adalah penipuan dan beliau mengubah pendiriannya kepada pro-Bitcoin ketika dicalonkan semula sebagai presiden pada pilihan raya bulan November ini. – FMT