“Hmm agaknya sampai bila harga BTC akan bergerak mendatar eh?”
Kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF punca mata wang kripto itu mengalami tekanan jualan ketara, tetapi pergerakan positif dan negatif Premium Kimchi Korea dan Premium Coinbase menandakan potensi pembetulan harga dalam jangka pendek.
Indeks Premium Korea (KPI) adalah metrik penting bagi memantau peralihan dalam pasaran kripto, di mana ia menilai Kimchi Premium kemudian memberikan pandangan tentang sentimen sektor aset digital di Korea Selatan.
Menerusi pemerhatian, Premium Korea yang berada lebih 3% disertai pusingan negatif Premium Coinbase telah menunjukkan pelabur Amerika Syarikat (AS) secara aktif menjual BTC manakala pelabur Korea Selatan pula terlibat dalam pembelian aset digital itu yang kompetitif.
Susulan pasaran kripto kini sedang berada dalam fasa pemulihan, penganalisis sungguh percaya isyarat tersebut lebih memperlihatkan pembetulan jangka pendek yang akan berlaku terhadap harga BTC dan bukannya arah aliran menurun sepenuhnya.
Peningkatan aktiviti seperti deposit besar ke dalam pertukaran BTC oleh whales dan miners ditambah pula pelabur yang jual GBTC ETF telah memberi kemungkinan untuk harganya buat pullback serta pergerakan mendatar dalam masa terdekat ini.
Perlu diketahui bahawa perkembangan itu berlaku hampir sebulan selepas Premium Korea mencatatkan nilai tinggi yang menggambarkan tekanan belian kuat daripada pelabur runcit di Korea Selatan.
Korea Selatan telah meningkatkan ketelusan dalam sektor awamnya susulan sehingga tahun ini, undang-undang yang baru diumumkan oleh Kementerian Pengurusan Kakitangan negara memerlukan pegawai awam berpangkat tinggi untuk mendedahkan pegangan kripto mereka.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.52% pada paras $43,115 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $845 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan 6.55% sepanjang minggu lepas.