“Janganlah pandang negatif, cuba fahamkan dulu apa yang dibuat oleh co-founder ADA ini.”
Pembangunan dan utiliti Cardano (ADA) tertakluk pada penelitian ketara dalam komuniti, tetapi rasa tidak puas hati dan kecaman baru-baru ini tertumpu pada projek Hydra yang bertujuan mempercepatkan urus niaga, mengurangkan kos dan mengoptimumkan kefungsian mata wang kripto tersebut.
Meskipun begitu, Charles Hoskinson yang merupakan co-founder ADA tampaknya bersungguh-sungguh menangani khabar angin yang tersebar tentang status projek Hydra dengan mengesahkan perkembangan aktifnya.
Selain mengulangi komitmen ADA terhadap inovasi yang akan menyerlahkan kertas kerja mengenai peningkatan protokol, Hoskinson turut menyerlahkan peningkatan produktiviti dan penglibatan komuniti pasukan.
Menjawab keraguan lanjut mengenai kerjasama bersama World Mobile dan roadmap penskalaan ADA, Hoskinson menjelaskan skop bercita-cita tinggi projek World Mobile telah menunjukkan keperluan untuk protokol heterogen berskala global.
Co-founder ADA tersebut juga bukan sahaja menekankan peranan “partnerchains” dalam ekosistem ADA malah mengakui kerumitan inisiatif ini yang memerlukan masa untuk pembangunan termasuk kematangan.
Suka dimaklumkan bilangan wallet aktif di ADA baru-baru ini meningkat pada 600,000 yang mewakili pendakian 40% berbanding kiraan terendah diperhatikan pada bulan lalu dan lonjakan ini sejajar dengan perkembangan dalam ekosistem DeFi yang dianggarkan $500 juta.
Setakat penulisan ini, harga ADA menyusut sebanyak 5.40% pada paras $0.63 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $22 bilion kemudian merekodkan penerjunan 16.91% sepanjang minggu lepas.