Ringgit kekal tidak bergerak sejak pembukaan pagi tadi berbanding dolar AS apabila Indeks Dolar AS (DXY) menjunam sedikit selepas hasil mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Tepat jam 10.30 pagi tadi, ringgit dilihat berada pada paras 4.7268 sama seperti penutup semalam berbanding dolar AS.
Walau bagaimanapun, kenyataan Fed yang agak bernada agak kurang dovish boleh membantu mata wang dolar AS untuk melonjak tinggi dalam tempoh terdekat. Namun, ia tidak seperti yang diramalkan dalam pasaran.
Tambahan pula, ketegangan geopolitik yang semakin menjadi-jadi telah menambahkan kerumitan kepada dinamik pasaran global serta mengganggu pergerakan pasaran pertukaran mata wang asing.
Seperti yang dijangka, ringgit akan kekal stabil selepas laporan FOMC dalam julat RM4.72 hingga RM 4.73 untuk hari ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan agak rendah berbanding beberapa kumpulan mata wang utama dunia seperti pound Britain, euro dan yen Jepun.
Mata wang tempatan itu juga dilihat susut berbanding dolar Singapura, rupiah Indonesia dan peso Filipina. Namun, ia mengukuh sedikit berbanding baht Thailand.