Ringgit Malaysia (RM) dibuka pada paras tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Asia selepas laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS malam tadi yang menunjukkan ekonomi negara itu berkembang 2.5% pada penghujung 2023.
Peningkatan ketara daripada pertumbuhan 1.9% yang dicatatkan pada 2022 serta laporan itu meningkatkan permintaan bagi dolar AS.
Tepat jam 9.05 pagi tadi, ringgit bergerak tidak ketara ke paras 4.7360 berbanding dolar AS daripada 4.7280 pada penutup semalam.
Menurut Pengarah Urusan Aset SPI, Stephen Innes berkata walaupun pasaran kini menunjukkan ekonomi AS mengukuh dan menguatkan dolar AS. Namun, kesan secara menyeluruh mungkin tidak ketara disebabkan konflik masih berleluasa.
Pasaran pertukaran mata asing kini memberi tumpuan pada data harga kritikal terutamanya dalam jangkaan keluaran yang akan datang seperti Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS (PCE) teras Disember pada malam ini dan Indeks Harga Pengguna (CPI) Januari yang dikeluarkan pada pertengahan Februari nanti.
Jangkaan untuk PCE teras Disember kekal terkawal dengan jangkaan peningkatan 0.2% dari bulan ke bulan sejajar dengan keutamaan metrik inflasi Fed.
Sementara itu, dia berkata bahawa angka CPI Januari pada awal Februari nanti akan mendedahkan risiko pasaran seterusnya.
Walau bagaimanapun, ringgit didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dunia. Ia kukuh sedikit berbanding pound Britain dan euro. Namun, sedikit lemah pada kedudukan yen Jepun.
Mata wang tempatan itu juga kuat berbanding beberapa kumpulan mata wang Asean lain. Ia menaik berbanding dolar Singapura, baht Thailand, peso Filipina dan rupiah Indonesia.