Ringgit Malaysia (RM) dibuka tinggi lagi berbanding dolar AS akibat sentimen positif yang berlaku pada data ekonomi AS iaitu pasaran buruh berlakunya pertumbuhan pekerjaan dan mengukuhkan jangkaan pasaran untuk berlakunya pemotongan kadar faedah.
Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit dibuka tidak ketara pada paras 4.7140 berbanding mata wang dolar AS daripada ia ditutup sekitar 4.7165 semalam.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan Tuntutan Pengangguran Permulaan AS minggu lepas menurun kepada 187,000 berbanding bacaan sebelumnya iaitu 203,000.
Ini menunjukkan pasaran buruh di AS masih menunjukkan arah aliran yang berdaya tahan walaupun jangkaan penurunan kadar faedah masih tinggi.
Katanya lagi, ia mungkin berlawanan dengan intuisi bagi pengurangan kadar yang menjangkakan akan diturunkan pada Mac nanti.
Walau bagaimanapun, Indeks Dolar AS (DXY) kekal bertahan di paras 103 mata selagi mana pendirian Federal Reserve tidak berubah dalam tempoh terdekat. Situasi ini membuatkan ringgit terus melemah.
Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dunia kecuali pound Britain yang berada pada 5.9910 berbanding 5.9782 semalam.
Ringgit didagangkan tinggi berbanding euro dan juga yen Jepun.
Mata wang tempatan itu diniagakan agak bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang Asean. Ia mengukuh berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia. Namun, ia merosot berbanding baht Thailand dan juga dolar Singapura.