Ringgit dibuka mendatar sebelum ia mengukuh ketara di tengah-tengah data ekonomi suku kedua 2024 Malaysia yang baik daripada jangkaan dan ramalan pemotongan kadar faedah AS untuk September.
Tepat jam 10.15 pagi, ringgit berada pada 4.3840 berbanding dolar AS daripada ia ditutup pada 4.4295 hari Jumaat minggu lepas.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Rashid berkata tumpuan minggu ini akan diberikan kepada Simposium Jackson Hole iaitu perhimpunan tahunan pemimpin bank pusat global yang akan diadakan pada 22-24 Ogos di Wyoming, AS.
Selain itu, data tuntutan pengangguran AS dan aktiviti ekonomi juga akan menjadi tumpuan minggu ini kerana peniaga menunggu kenyataan daripada ketua Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell.
Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9931/2.9972 daripada 2.9792/2.9833 pada penutupan Jumaat lepas, jatuh berbanding euro kepada 4.8835/4.8896 daripada 4.8680/4.8741 minggu lepas dan susut berbanding pound British 5.7344/5.7416 daripada 5.7167/5.7238 sebelumnya.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan bertukar bercampur-campur berbanding mata wang Asean, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3661/3.3702 daripada 3.3582/3.3627 Jumaat lalu dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8013/12.8242 daripada 12.6445/12.666.
Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.74/7.75 dan rupiah Indonesia pada 282.2/282.7 daripada Jumaat minggu lepas.