Harga RON97 naik, tapi jangan risau diesel dan RON95 masih selamatkan dompet kita.
Bermula hari Khamis, 19 Disember 2024, harga runcit petrol RON97 akan meningkat sebanyak 3 sen daripada RM 3.19 kepada RM3.22 seliter.
Bagi harga runcit RON95 dan diesel adalah kekal iaitu RM2.05 seliter bagi RON95 manakala RM 2.95 seliter di Semenanjung Malaysia serta RM2.15 di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi Diesel.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam memberikan kenyataan bahawa harga petrol yang ditetapkan adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dan disemak setiap minggu.
MOF turut memberitahu bahawa kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyat.
Harga bahan api ini akan kekal sehingga 25 Disember 2024.