Rusia mengalu-alukan sekutu geopolitiknya ketika menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak BRICS pada Selasa lepas dan menyatakan agenda ‘New World Order’ bagi mencabar dunia Barat.
Kumpulan yang pada awalnya dibangunkan oleh Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan bagi membina organisasi ekonomi terbesar dunia yang kini menjadi forum geopolitik untuk negara-negara berkuasa.
BRICS kini mempunyai pengaruh tambahan selepas Mesir, Ethiopia, Iran dan UAE menyertai kumpulan itu pada Januari dengan keahlian kepada blok itu menjadi prospek menarik bagi negara yang ingin meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi.
Selain itu, blok itu juga turut melancarkan ‘Global South’ dengan menarik beberapa negara membangun ekonomi di Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang bertentangan dengan agenda Amerika Syarikat iaitu ‘Global North’.
Presiden Rusia, Vladimir Putin kerap mengulas mengenai cita-citanya untuk mewujudkan apa yang disebutnya sebagai ‘New World Order’ untuk menyaingi dan merampas keunggulan geopolitik dan ekonomi yang dinikmati oleh Barat pimpinan AS.
Putin telah menyifatkan kumpulan BRICS yang diperkuatkan kini sebagai petunjuk kukuh tentang kuasa persatuan yang semakin meningkat dan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa.
Beliau juga memberi isyarat bahawa berhasrat untuk mencipta format BRICS+ bagi mencabar Barat mengenai bidang geopolitik dan ekonomi.