Ribuan orang awam turun ke jalan-jalan utama di beberapa bandar seluruh Indonesia bagi mengadakan rusuhan membantah percubaan semakan undang-undang pilihan raya negara itu.
Parlimen Indonesia menangguhkan kelulusan perubahan kepada peraturan pilihan raya pada hari Khamis ketika penunjuk perasaan cuba merobohkan pintu badan perundangan di ibu negara Jakarta.
Rusuhan itu berlaku berikutan bantahan terhadap undang-undang yang dilihat ‘berat sebelah’ dalam membuat pengaruh politik Presiden Joko Widodo kekal relevan.
Menurut penggubal undang-undang Habiburokhman, persidangan dalam meluluskan perubahan itu ditangguhkan kerana kekurangan korum.
Keputusan rasmi masih tergantung sama ada parlimen akan bersidang semula bagi meluluskan undang-undang sebelum pendaftaran pilihan raya wilayah pada Selasa minggu depan.
Kini, penetapan kuasa antara parlimen dan badan kehakiman berlaku di tengah-tengah perkembangan politik dramatik selama seminggu dalam negara demokrasi ketiga terbesar di dunia tersebut.
Lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpun pada Khamis di luar bangunan parlimen dan merentasi beberapa bandar di Jawa dengan sebahagiannya memegang sepanduk menuduh Jokowi sebagai ‘pemusnah’ demokrasi.
Lebih mengejutkan, protes jalanan turut mencetuskan gelombang internet dengan poster biru yang memaparkan perkataan ‘Peringatan Darurat’ di atas lambang logo kebangsaan Indonesia burung Garuda tersebar di media sosial.