Wall Street Amerika Syarikat (AS) dibuka rendah pada Isnin, pada minggu dagangan akhir tahun ini setelah indeks-indeks saham utama jatuh pada Jumaat.
Penjualan mendadak itu disebabkan oleh lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) memberi isyarat untuk memperlahankan langkah pelonggaran dasar mereka pada 2025.
Pengumuman Fed menyebabkan pelabur merancang semula prospek ekonomi mereka.
Hasil perbendaharaan yang lebih tinggi akan meningkatkan kos pinjaman, seterusnya memberi tekanan kepada perniagaan dan pengguna.
Ini menambahkan lagi ketidaktentuan yang sudah sedia ada di pasaran.
Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menegaskan tentang had hutang kerajaan, yang boleh dicapai pada pertengahan Januari.
Beliau menggesa Kongres untuk bertindak segera untuk menaikkan atau menghapuskan had pinjaman, memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada akibat kewangan yang teruk.
Pelabur bersiap sedia untuk lebih banyak data-data penting pada tahun hadapan yang akan memberi kesan kepada pasaran saham AS.