Wall Street Amerika Syarikat (AS) turun sedikit pada pagi Khamis kerana musim cuti.
Pada Selasa, Dow Jones, Nasdaq Composite dan S&P 500 berjaya mencatatkan momentum yang positif.
Pergerakan ini disokong oleh keuntungan dalam syarikat teknologi besar dan saham pertumbuhan.
Saham Magnificent 7 yang paling ‘perform’ adalah Tesla yang telah melonjak sebanyak 7.4% mendahului saham-saham teknologi besar yang lain.
Saham syarikat yang dijangka mencatatkan pertumbuhan dalam pendapatan mereka juga menunjukkan kekuatan walaupun hasil Perbendaharaan meningkat.
Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat kepada kira-kira 4.61% iaitu tertinggi sejak Mei.
Walaupun Wall Street mencapai paras tertinggi berikutan pilihan raya November, ekoran pelabur mengharapkan polisi yang bakal memberi kelebihan kepada perniagaan untuk berkembang lebih maju daripada Trump.
Kini, pelabur mula berhati-hati kerana mereka menjangkakan kadar faedah yang lebih tinggi ini mungkin berlaku pada 2025.