“Wow banyak betul firma yang dah terima SHIB, adakah lepas ni harganya akan capai ATH?”
CoinGate, pemproses pembayaran blockchain memiliki beribu pejabat di Lithuania akhirnya menjadi entiti terbaru yang menerima memecoin popular Shiba Inu (SHIB) sebagai kaedah pembayaran melalui penyepaduan bersama Polygon (MATIC) dan Binance Smart Chain (BSC).
Selain membenarkan perniagaan membeli, menjual, mengurus dan menerima kripto, CoinGate turut akan bertindak sebagai bridge antara aset digital dan kewangan tradisional yang memudahkan transaksi bagi barangan serta perkhidmatan.
Suka dimaklumkan sesungguhnya firma popular yang sudah memeterai perjanjian bersama pemproses pembayaran blockchain tersebut adalah Airbnb, Nike, Spotify, Walmart, IKEA, Uber dan banyak lagi yang masih belum didedahkan.
Jadi di sini dapat dilihat SHIB yang mendapat sambutan daripada CoinGate telah menyebabkan memecoin tersebut berjaya menjadi tajuk utama pada hari ini sejurus selepas harganya menggunung agak tinggi.
Pada sisi berbeza, Nexo yang membenarkan pengguna membeli SHIB bukan sahaja menerima transaksi kad dalam beberapa saat sahaja malah membolehkan pertukaran dengan ganjaran dan menghantar aset kepada rakan melalui nombor telefon atau e-mel.
Umum mengetahui pula bahawa firma kripto terkemuka yang telah menerima memecoin adalah Binance, Kraken, Coinbase, Gemini, OKX, KuCoin, GroveX dan lain-lain.
Setakat penulisan ini, harga SHIB melonjak sebanyak 7.08% pada paras $0.000023 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $13 bilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 0.94% sepanjang minggu lepas.