Mesyuarat FOMC menjadi tumpuan seluruh di seluruh dunia awal pagi tadi untuk mengetahui jawapan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar monetari mereka.
Sebelum mesyuarat, US dolar telah pun paparkan pergerakan yang rancak di awal sesi New York semalam.
Data pekerjaan ADP yang mengukur sektor swasta di Amerika Syarikat (AS) hadir dengan angka yang lemah, memberi reaksi penyusutan US dolar yang agak ketara.
Namun, US dolar telah kembali pulih semula selepas Powell memberi isyarat bahawa penurunan kadar faedah tidak akan dilaksanakan pada bulan Mac.
Jangkaan untuk dasar sedia ada dikekalkan telah menyokong pemulihan semula US dolar dengan tumpuan kini beralih pula kepada laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat esok.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat membuat kenaikan dahulu semalam hingga ke zon 1.09000.
Namun kemudiannya harga kembali menjunam semula mencecah paras 1.08000 di penghujung sesi New York susulan reaksi terhadap mesyuarat FOMC tersebut.
Paras 1.08000 dilihat masih kekal berfungsi sebagai support buat harga seperti awal minggu lalu di mana harga berlegar perlahan di sekitar tersebut pada dagangan sesi Asia pagi ini.
Jika penurunan lebih rendah di bawah 1.08000 berlaku, berkemungkinan trend bearish harga akan diteruskan untuk harga menuju sasaran terbaru pada 1.07000.
Situasi tersebut akan berlaku sekiranya US dolar masih mengekalkan pengukuhan menyambung momentum selepas mesyuarat.
Namun situasi berubah, lonjakan semula harga boleh berlaku dari paras 1.08000 yang sedang diuji pagi ini.
Kenaikan semula harga bakal menguji sekali lagi zon 1.090000 sebelum diteruskan lebih tinggi untuk mencapai semula rintangan pada 1.10000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG