“Pergh lain macam MicroStrategy ni, takut lepas ni 2% pula.”
Sejurus selepas menawarkan 0.875% Convertible Senior Notes, pengasas MicroStrategy Michael Saylor sekali lagi memperoleh 9,245 Bitcoin (BTC) bernilai $623 juta yang menyebabkan jumlah pegangannya adalah 1% daripada bekalan maksimum BTC 21 juta.
Peningkatan pengumpulannya di tengah-tengah kejatuhan BTC sehingga $63,000 telah mencetuskan kejutan di seluruh pasaran kripto termasuk pelabur susulan Microstrategy memperoleh dana mencukupi untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dan strategi kewangannya dalam dunia kripto.
Umum mengetahui notes itu berjumlah prinsipal agregat $603.75 juta termasuk dana 78.75 juta yang digunakan oleh pembeli awal dalam masa 13 hari dan ia melihat tawaran persendirian kepada pembeli institusi layak di bawah Peraturan 144A Akta Sekuriti 1933.
Dilaporkan juga, saham MicroStrategy (MSTR) mempamerkan kejatuhan 10.58% dalam waktu pra-pasaran hari ini di mana harga dagangannya pada $1,336, bagaimanapun firma itu kini memegang 214,246 BTC bernilai $7.5 bilion pada harga purata $35,160 setiap BTC.
Memang tidak dinafikan harga BTC sudah berjaya memecahkan paras tertinggi sepanjang masanya, tetapi penurunan drastik tersebut segera mendapat perhatian global.
Banyak faktor telah menyebabkan BTC mengalami kejatuhan 7% yang disaksikan hari ini dan ia merangkumi perdagangan disenyapkan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) iaitu aliran keluar BTC ETF, penjualan whales secara besar-besaran dan banyak lagi.
Sebagai sebuah firma yang berminat mengekalkan strategi BTC tanpa gagal, lebih banyak jualan Convertible Senior Notes oleh MicroStrategy mungkin berlaku lebih kerap susulan ia jadi agak popular selepas syarikat kripto termasuk Coinbase mencari tawaran hutang.