Pasaran mata wang kripto berjaya pulih pada awal minggu ini, dengan jumlah modal pasaran melebihi $2.3 trilion hasil kenaikan kebanyakan mata wang kripto.
Pada hari Isnin yang kelihatan sangat optimistik, harga BTC berjaya memulihkan hampir semua kerugian yang dialami pada awal bulan ini. Pada masa penulisan ini, mata wang kripto tersebut didagangkan pada $63,000, setelah mencatatkan paras tertinggi tempatan sedikit di bawah $64,000 sebelumnya.
Berdasarkan pergerakan pasaran terkini menandakan penyempurnaan pemulihan dari penurunan pada 1 Oktober, jadi mungkin ini dapat menjadi peluang untuk ‘Uptober’ berlaku.
Walau bagaimanapun, jumlah kecairan dalam pasaran derivatif meningkat hampir 150% dalam tempoh 24 jam yang lalu, mencecah sekitar $130 juta pada hari ini. Hampir $100 juta daripadanya adalah kedudukan short. Bitcoin mendahului dengan hampir $30 juta dalam kecairan.
Sentimen pasaran juga telah bertambah baik. Ia kini berada dalam keadaan neutral, lebih baik daripada keadaan menkhuatirkan pada minggu lalu.
Pasaran pada hari ini kebanyakannya didagangkan rugi, walaupun ada altcoin menunjukkan kenaikan ketara.
Sebagai contoh, ETH, BNB, SOL, AVAX, DOT, BCH, XRP, dan LINK berjaya mencatat pengukuhan sekitar 2-3%.
Waima begitu, token meme menjadi tumpuan. Keseluruhan kategori ini berjaya catat keuntungan sekitar 10%, tetapi beberapa prestasi individu lebih mengagumkan.
Sebagai contoh, Dogwifhat (WIF) meningkat sebanyak 20% pada masa penulisan ini, lebih kurang sama dengan POPCAT dan MOG.
Walau bagaimanapun, Neiro, token meme yang agak baru dan telah melonjak ke kedudukan ke-125 dalam senarai mata wang kripto terbesar, meningkat sebanyak 50% pada hari ini.