“Wow seriouslah boleh bullish lagi? Korang ada ke yang beli 3 kripto ini?”
Bitcoin (BTC) yang menggunung sehingga $71,732 telah mendorong banyak mata wang kripto lain turut mencanak sama. Oleh itu, berikut adalah tiga aset digital paling menguntungkan yang berada di ambang bagi melihat pendakian secara besar-besaran.
Binance Coin (BNB)
BNB yang baru sahaja menetapkan paras tertinggi sepanjang masa sudah pun menjadi sebahagian daripada kripto yang raih keuntungan besar, tetapi harganya kini turun sedikit pada $707 dan ia mungkin ambil masa sedikit sebelum memulakan kenaikan lebih tinggi.
Lonjakan itu amat ditunggu-tunggu susulan BNB berada di bawah tekanan akibat pertikaian undang-undang di Binance ditambah pula beberapa penganalisis menjangkakan harganya akan meningkat setinggi $1,000.
Solana (SOL)
Memang tidak dinafikan SOL yang mengalami sedikit turun naik baru-baru ini telah bergerak dalam consolidation, bagaimanapun momentumnya kian meningkat dalam carta dan ini menunjukkan harganya mungkin akan mencanak.
Pada masa penulisan, harga SOL telah melonjak sebanyak 0.13% pada paras $172 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $79 bilion kemudian merekodkan kenaikan 3.74% sepanjang minggu lepas.
Floki Inu (FLOKI)
Pemegang FLOKI sedang mengintai kenaikan dinanti-nantikan susulan paras tertinggi sepanjang masanya hanya 7.5% daripada harga semasa $0.0003182.
Berdasarkan sentimen pasaran kripto semasa dan peningkatan permintaan untuk Floki, suka dimaklumkan juga harga memecoin bertemakan anjing itu mungkin melihat kenaikan besar-besaran pada minggu ini.