Ketika Donald Trump meningkatkan ancaman tentang tarif baharu, China juga bergerak pantas untuk merancang ekonominya dari terus merundum dan jatuh.
Mengambil pengajaran dari perang perdagangan yang telah terjadi sebelum ini, Beijing melancarkan siasatan atas dakwaan pelanggaran undang-undang anti-monopoli terhadap Nvidia dan mengenakan sekatan eksport nadir bumi, sebagai cara menunjukkan kesediaan untuk berunding.
Dengan ekonomi yang hanya berkembang sebanyak 3% pada 2023, China berusaha keras mengelak kemerosotan yang lebih parah dan teruk.
Walaupun dominasi China dalam beberapa sektor seperti kenderaan elektrik mengurangkan keperluannya terhadap produk Amerika Syarikat (AS), negara tersebut masih bergantung pada cip dan pasaran AS yang mencapai $435 bilion dalam eksport.
Perjanjian Sains dan Teknologi AS-China yang tamat pada Ogos juga menjadi fokus utama untuk diperbaharui.
Sebagai tawaran, China berjanji meningkatkan pembelian minyak dan gas asli cecair (LNG) dari AS, yang bernilai $14 bilion pada 2023.
Namun, dengan sentimen perniagaan AS berada pada tahap terendah sejak 1999, kedua-dua pihak bersedia untuk ke arah perbincangan yang tegang.