“Pergh gilalah, ada ke kat sini yang sempat amik untung bila harga TRB naik lebih $600?”
Mata wang kripto Tellor (TRB) pada 31 Disember 2023 memang menyaksikan pendakian besar-besaran sehingga $628 dalam beberapa jam sahaja, tetapi malangnya pump-and-dump tercetus apabila harganya laju jatuh di bawah $130.
Hal ini kerana liquidations kontrak TRB mencapai jumlah tidak pernah berlaku sebelum ini melebihi $60 juta sehingga menyebabkan aktiviti liquidations yang terhasil menarik perhatian peserta pasaran aset digital.
Memang tidak dinafikan harga TRB meningkat 2,000% di tengah-tengah aktiviti whales yang kuat, tetapi perkembangan semasa menjelaskan aset digital itu sedang mengalami penjualan besar-besaran daripada pemain besar.
Oleh demikian, kebimbangan mengenai potensi manipulasi pasaran telah timbul di kalangan penganalisis terutamanya penganalisis kripto saluran YouTube Cilix Crypto yang menunjukkan turun naik ketara dalam harga TRB.
Namun dalam landskap teknologi blockchain yang sentiasa berkembang, TRB menonjol sebagai protokol oracle decentralized yang memainkan peranan penting dalam mengemas kini data luar rantaian penting untuk kontrak pintar.
Bukan itu sahaja, oracle TRB turut memudahkan penyepaduan lancar data luaran ke dalam kontrak pintar susulan menyediakan data yang boleh diminta secara aktif, disahkan dan digabungkan dengan lancar dalam rantaian tanpa memerlukan kebenaran.
Suka dimaklumkan harga TRB yang kini didagangkan pada paras $185.53 telah mencatatkan pemulihan semula kira-kira 30.52% dalam tempoh 24 jam lalu, tetapi tetap menjunam 0.88% sepanjang dalam masa tujuh hari lalu.