“Hmm jangan-jangan ada udang di sebalik batu, tapi tak mungkinlah kan?”
Dua hari lepas raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menembusi $47,000, hari ini harganya berjaya mencapai $48,000 apabila terdapat berita mengatakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah meluluskan spot BTC ETF.
Namun, harga BTC merudum semula di bawah $46,000 selepas mendapati pengumuman itu adalah palsu semata-mata dan ini telah menyebabkan lebih $218 juta dalam perdagangan kripto liquidated dalam masa 24 jam lalu.
Menerusi pemerhatian, lebih $56 juta dalam perdagangan BTC telah liquidated dalam sejam lepas dan 72,000 pedagang terjejas apabila liquidation tunggal berlaku pada perdagangan BTC/USD pada Bybit untuk $6 juta.
Berbalik pada penerangan mengenai situasi insiden itu, Pengerusi SEC Gary Gensler berkata bahawa akaun SEC telah dikompromi susulan halaman X rasminya telah memberi kenyataan palsu berkenaan kelulusan spot BTC ETF.
Bagaimanapun, wartawan Fox Business Charles Gasparino menyatakan SEC perlu menyiasat dirinya sendiri untuk manipulasi pasaran kripto melalui tweet palsu tersebut.
Manakala penganalisis Bloomberg ETF, Eric Balchunas pula berpandangan tweet itu adalah nyata tetapi tersilap dijadualkan sehari lebih awal daripada SEC berhasrat bagi mengeluarkan pengumuman kelulusan mereka.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.12% pada paras $45,730 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $896 bilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 1.24% sepanjang minggu lepas.