Minggu lalu, kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat beberapa kali cuba untuk tembusi rintangan 1.27000 tapi tak berjaya.
Situasi sama dipertontonkan harga kepada pelabur di awal minggu semalam apabila kenaikan harga sekali lagi menguji paras 1.27000 namun gagal untuk tembusinya.
Pun begitu, corak kenaikan harga masih dikekalkan walaupun momentum semakin perlahan.
Corak pergerakan tersebut terus dipengaruhi oleh situasi mata wang US dolar yang mengekalkan prestasi suramnya sejak minggu lalu.
Masih bullish untuk pergerakan semasa apabila harga kekal meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jika harga ingin mengekalkan trend bullish itu, kenaikan seterusnya perlu melepasi rintangan pada 1.27000 yang masih ‘kebal’ sejak minggu lalu.
Kenaikan harga yang dilanjutkan bakal menuju sekitar zon 1.28000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru.
Namun jika harga gagal melepasi rintangan 1.27000, penurunan harga boleh berlaku semula.
Susut di bawah garisan sokongan MA50 akan mencetuskan isyarat bearish untuk harga melanjutkan penurunan lebih rendah.
Sasaran terhampir adalah untuk harga mencecah kembali paras tumpuan sekitar 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG