Carta harga pasangan mata wang GBP/USD semakin menunjukkan petanda untuk kecenderungan harga alami kejatuhan lebih rendah.
Memantau pergerakan mata wang, US dolar dilihat masih mengekalkan prestasi dagangan yang baik dan menambahkan sedikit tekanan buat Pound.
Kedua-dua mata wang utama tersebut akan dipengaruhi oleh keputusan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan AS pada hari ini.
Petunjuk menerusi analisis teknikal, pelabur memerhatikan pergerakan harga pada carta GBP/USD sejak minggu lalu yang berada pada zon penting.
Sejak penutup minggu lalu hingga bersambung ke awal minggu ini, harga dilihat mendatar perlahan di atas zon 1.29000.
Sehingga sesi New York semalam, harga menunjukkan cubaan untuk menguji 1.29000 sebagai support semasa buat harga.
Pergerakan harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu pula dilihat mengisyaratkan trend bearish buat harga.
Pergerakan perlahan di sesi Asia hari ini (Selasa) dilihat menembusi paras 1.29000 dan membuatkan pelabur bersedia bagi kejatuhan yang lebih parah boleh berlaku selepas ini.
Penurunan lanjut jika diteruskan harga boleh dijangkakan untuk mencecah semula sekitar 1.28000 untuk memberi reaksi pada zon tumpuan itu.
Namun jika harga berjaya bertahan semula di atas paras 1.29000, lantunan semula harga mungkin berlaku hingga melepasi halangan MA50.
Seterusnya, barulah harga boleh membuat kenaikan lebih tinggi semula menuju rintangan pada paras 1.3000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG