Mata wang dolar Australia antara yang diperhatikan pada dagangan hari ini (Khamis) berikutan dijangka akan dipengaruhi oleh bacaan data ekonomi China yang telah diterbitkan di sesi Asia sebentar tadi.
Meneliti laporan, ekonomi kedua terbesar di dunia itu mengalami deflasi untuk 2 bulan berturut-turut dengan bacaan data indeks harga pengguna (CPI) menguncup kepada -0.8% lebih rendah berbanding ramalan.
Ini semakin meningkatkan kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi perlahan yang bakal berterusan.
China sebagai rakan dagang utama Australia, data ekonomi China bakal mempengaruhi pergerakan mata wang dolar Aussie.
Namun, seperti yang diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD di sesi Asia tadi, harga tidak menunjukkan impak yang ketara.
Menuju penutup sesi Asia dan bersambung ke awal sesi Eropah, harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan ke bawah.
Setelah berlegar di paras 0.65300, harga telah susut sedikit untuk menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Tembus lebih rendah akan menjadi isyarat bearish untuk harga menuju ke paras tumpuan 0.65000.
Harga berisiko jatuh lebih rendah di bawah paras tersebut sebelum menguji paras terendah dicecah pada awal minggu, sekitar 0.64700.
Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula, rintangan pada 0.65400 yang dicapai pada Rabu semalam bakal diuji sekali lagi.
Harga yang berjaya mengatasi rintangan itu berpotensi melanjutkan kenaikan sehingga ke paras ketinggian 0.66000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG