Setelah berminggu dinantikan, akhirnya terjawab persoalan tentang keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50% seperti yang dijangkakan sebelum kenyataan susulan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell menjadi tumpuan.
Secara keseluruhannya, pasaran menghadam ucapan Powell adalah bernada dovish dengan Fed mengekalkan unjuran untuk 3 kali pemotongan kadar faedah pada tahun 2024.
Ini telah memberi kemerosotan parah buat US dolar selepas mesyuarat berlangsung sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.
Dapat diperhatikan perubahan arah yang ketara berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD untuk beberapa sesi terbaru.
Dari awal minggu harga menunjukkan corak penurunan mendatar berikutan US dolar yang masih paparkan prestasi positif, namun situasi berubah selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi menyaksikan lonjakan ketara harga.
Dari paras sekitar 1.08400, harga telah melonjak naik hingga ke paras 1.0.9200 di penutup sesi New York susulan penyusutan US dolar itu.
Isyarat bullish diperhatikan selepas harga naik melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut dan kenaikan dilihat masih diteruskan sehingga ke sesi Asia pagi ini.
Jangkaan kenaikan untuk diteruskan lagi adalah menuju zon rintangan pada 1.10000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru mengatasi paras minggu-minggu sebelum ini.
Dan jika momentum bullish kekal kukuh, kenaikan harga berpotensi untuk capai sehingga 1.11000 pada minggu hadapan.
Namun, tetap pelabur berwaspada untuk penurunan harga jika berlaku perubahan pada situasi pasaran semalam.
Penurunan harga di bawah zon 1.09000 boleh kembali mendorong harga susut ke paras semalam.
Zon support pada 1.08000 akan menjadi tumpuan pada penurunan harga yang diteruskan lebih rendah.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG