“Lain macam laju dia eh, daripada $6 terus tembus $12 dalam masa singkat je.”
Mata wang kripto UNI diasaskan oleh bursa decentralized Uniswap akhirnya berjaya melihat pendakian 60% menembusi $12.90 apabila Ketua Tadbir Urus Uniswap Foundation Erin Koen mengemukakan cadangan bagi merombak sistem tadbir urus protokol.
Cadangan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menguatkan dan menggiatkan tadbir urus Uniswap malah memberi sejumlah besar ganjaran kepada pemegang token UNI yang staking serta delegated token mereka.
Rentetan itu, Koen yang memberi kenyataan dalam akaun media sosial X miliknya sungguh percaya pasukannya harus meningkatkan protokol supaya mekanisme yurannya mampu memberi ganjaran kepada pemegang token UNI.
Suka dimaklumkan cadangan Koen adalah perkembangan penting untuk bursa decentralized mengikut volum dagangan itu susulan ia menandakan inisiatif tahun lepas yang ingin memberi ganjaran kepada mereka.
Pada Jun tahun lepas, komuniti Uniswap menolak cadangan bagi menghidupkan yuran kepada kebanyakan liquidity pools bursa kemudian mengagihkan sebahagian daripada hasil di kalangan pemegang UNI .
Manakala pada Oktober 2023 pula, Uniswap mula mengenakan bayaran kira-kira 0.15% ke atas bursa kripto yang melibatkan Ethereum (ETH), USD Coin (USDC) dan token lain yang dimulakan pada interface protokol.
Sekiranya cadangan baik pulih pada Jumaat minggu ini diluluskan dalam undian komuniti, ia akan membenarkan kutipan yuran protokol tanpa kebenaran dan berprogram termasuk mengedarkan secara pro-rata kepada pemegang token UNI.
Setakat penulisan ini, harga UNI mencanak sebanyak 9.75% pada paras $11.18 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $6 bilion seterusnya merekodkan lonjakan 44.95% dalam masa tujuh hari lepas.