Saham Amerika Syarikat (AS) pamerkan kenaikan pada Isnin, menandakan permulaan positif untuk minggu baru buat para pelabur.
Pasaran saham pada minggu ini akan ditutup pada hari Khamis untuk cuti dan akan ditutup awal pada hari Jumaat bersempena dengan cuti Thanksgiving.
Minggu lalu saham berakhir dengan kukuh, dengan indeks Dow Jones meningkat hampir 2%, S&P 500 memperoleh lebih 1.5%, dan Nasdaq naik 1.73%.
Peningkatan ini didorong oleh data ekonomi AS yang positif seperti data PMI dan keterujaan pasaran tentang keputusan pilihan raya, meningkatkan keyakinan di kalangan pelabur.
Pada Jumaat lepas, Donald Trump mendedahkan rancangan untuk mencalonkan Scott Bessent, pengasas Kumpulan Key Square, sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS untuk membantu pentadbiran beliau.
Menurut Trump, peranan Bessent akan menjadi kunci dalam memajukan dasar perdagangan yang mengutamakan melindungi kepentingan Amerika.
Pelabur kini menunggu kemaskini penting, termasuk minit mesyuarat terbaharu Rizab Persekutuan (Fed) dan data mengenai inflasi yang akan memberikan petunjuk tentang masa depan kadar faedah.
Syarikat besar seperti Macy’s, Nordstrom, Best Buy, CrowdStrike dan Dell Technologies juga bersedia untuk berkongsi laporan pendapatan mereka minggu ini.